Dua Anggota PAC Dibidas Berhubung Kenyataan Mengenai Sesi Dengan 1MDB

KUALA LUMPUR: Dua anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dibidas kerana mengeluarkan apa yang disifatkan sebagai kenyataan mengelirukan mengenai sesi jawatankuasa itu dengan seorang pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Jumaat.

Anggota PAC, Datuk Liang Teck Meng berkata, walaupun pengerusi jawatankuasa itu adalah satu-satunya individu yang layak memberikan kenyataan mengenai sesi PAC dan 1MDB, namun dua anggota yang tidak dinamakan itu telah mengetepikan persefahaman yang dipersetujui bersama itu.

"Kerana sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan, dua rakan saya dalam PAC mendapati mereka layak membuat kenyataan selepas sesi PAC semalam, yang telah mengelirukan dan bertujuan menimbulkan prejudis dalam kalangan orang ramai berhubung prosiding PAC.

"Nampaknya, orang berkenaan lebih berminat untuk mempolitikkan prosiding itu daripada mencari kebenaran tentang perkara yang kami siasat," kata Anggota Parlimen Simpang Renggam itu dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Liang berkata, beliau kecewa dan sedih dengan tingkah laku kedua-dua anggota PAC berkenaan.

Sebagai contoh, katanya, adalah tidak benar presiden 1MDB Arul Kanda, yang menghadiri sesi itu semalam, tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.

"Sepanjang sesi tiga jam semalam dan sesi lima jam sebelum ini bersama Encik Arul Kanda, hanya satu soalan yang beliau pilih untuk tidak menjawabnya secara penuh kerana ia mempunyai kaitan dengan satu dakwaan melalui media...mengenai perkara yang berkaitan dengan satu pihak luar," katanya.

Liang berkata, pemberian maklumat secara berpilih dan sebahagian sahaja oleh dua anggota PAC itu tidak memberi gambaran sebenar dan adil tentang apa yang berlaku semasa prosiding pada Jumaat.

"Pada pendapat saya, maklumat yang dikeluarkan secara terpilih itu dilakukan untuk mempolitikkan prosiding ini sekali lagi, dan sekali lagi mengelirukan orang ramai serta mewujudkan prejudis terhadap prosiding kami," katanya.

Sekiranya perbuatan tidak mengendahkan peraturan PAC dan sengaja mewujudkan prejudis terhadap prosiding jawatankuasa itu terus dilakukan dengan sewenang-wenangnya, Liang berkata tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap individu yang melakukan kesalahan itu.

"Malah, pertimbangan patut dibuat untuk merujuk mereka kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen," katanya. - Bernama

PAC, 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain