suria

Rompak Kedai Emas Dengan Tukul Besi

KUALA LUMPUR: Sebuah pemilik kedai emas kerugian kira-kira RM80,000 selepas dirompak dua individu yang bersenjatakan tukul besi di Jalan Maxwell, Rawang petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata dalam kejadian 3.20 petang itu, dua suspek yang memakai topi keledar serta sarung tangan telah masuk kekedai itu sebelum bertindak memecahkan cermin ruang pameran barang kemas. 

"Ketika kejadian, empat wanita pembantu kedai berada di ruang pameran itu. Kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang diletakkan tidak jauh dari tempat kejadian," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata pembantu kedai terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada pelanggan ketika kejadian itu berlaku.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. -Bernama

Rompak Kedai Emas, Tukul Besi

Artikel Sebelum

Rayani Air Sedia Untuk Terbang

Artikel Berikut

Abdul Rahim Nik Dilantik CEO MTC

Artikel Lain