suria

Undang-Undang Khalwat Untuk Cegah Zina, Bukan Ganggu Privasi Individu - MAIS

Noor Farida Ariffin

SHAH ALAM:  Undang-undang berkaitan khalwat di Selangor adalah bertujuan untuk mengawal dan mencegah perbuatan zina dan siasatan berkaitannya dibuat berdasarkan aduan orang ramai.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isadan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam kenyataan bersama pada Jumaat berkata siasatan yang dijalankan juga adalah mengikut prosedur yang termaktub dalam enakmen tatacara jenayah syariah negeri itu.

"Jadi adalah salah apabila pegawai penguat kuasa agama dituduh mengintip dan menceroboh hak privasi seseorang sedangkan tindakan mereka adalah selaras dengan proses yang termaktub di dalam undang-undang, bukan secara membuta-tuli atau tanpa usul periksa," kata kedua-duanya.

Mereka mengulas dakwaan jurucakap kumpulan bekas pegawai tinggi kerajaan G25, Datuk Noor Farida Ariffin yang mahu penguatkuasaan terhadap mereka yang berkhalwat dimansuhkan kerana ia melanggar hak dan privasi seseorang individu.

Pengerusi MAIS dan Mufti Selangor turut mengingatkan bahawa sebarang kenyataan yang menghina peruntukan undang-undang boleh diambil tindakan dan dikenakan hukuman denda dan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rayani Air Sedia Untuk Terbang

Artikel Lain