suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jadikan Langkawi Destinasi Pelancongan Mewah - Najib

Najib Tun Razak disambut meriah ketika tiba pada Majlis Langkawi Tourism Awards (LITA) 2015 pada Jumaat. Foto: Bernama

LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakmahu lebih banyak usaha dilakukan untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan mewah di rantau ini.

Berucap pada majlis Anugerah Pelancongan Langkawi 2015 di sini, beliau berkata usaha menjadikan Langkawi sebagai 'Monaco Timur' untuk pelancong mewah harus dilakukan, sambil mengekalkan tarikan kepada pelancongan massa.

"Saya mahu melihat Langkawi muncul sebagai 'Monaco Timur' untuk pelancongan mewah sambil mengekalkan tarikannya kepada pelancongan massa. 

"Saya mahu melihat pembangunan dua peringkat di Langkawi, satu untuk pelancongan massa dan satu lagi untuk pelancongan mewah," katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) Jumaat malam.

Beliau berkata usaha menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan mewah untuk golongan berada mampu menyuntik pelbagai kesan kepada ekonomi tempatan seperti mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan sebagainya.

Perdana Menteri berkata sudah ada destinasi mewah di Langkawi seperti Hotel St Regis yang serba mewah tetapi pembangunan destinasi seumpama itu perlu dipertingkatkan dan menyeluruh.

Artikel Lain