suria

1MDB Nafi Miliki "1MDB Airlines Bhd"

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Jumaat menjelaskan ia tidak memiliki atau mengendali mana-mana syarikat penerbangan, susulan daripada catatan Wikipedia dan maklumat palsu yang tersebar di media sosial berkenaan penubuhan dan operasi "1MDB Airlines Bhd".

"Kami mengesahkan tiada syarikat seperti itu yang dimiliki atau dikendalikan oleh 1MDB," menurut 1MDB dalam satu kenyataan.

Menurut 1MDB, ia telah mengesahkan secara umum sejak Februari 2015 bahawa ia tidak akan membuat apa-apa pelaburan baharu atau perniagaan baharu sebaliknya hanya menumpukan kepada pelaksanaan pelan rasionalisasinya.

"Kami meminta supaya masyarakat awam mengabaikan maklumat palsu itu dan tidak terpengaruh dengan pihak ketiga yang mendakwa bertindak mewakili 1MDB berkaitan perkara berkenaan," menurut 1MDB.

1MDB

Artikel Lain