suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu Khalwat: Noor Farida Tidak Tahu Sedang Disiasat

Noor Farida Ariffin.

PETALING JAYA: Datuk Noor Farida Ariffin, ahli kumpulan bekas penjawat awam atau lebih dikenali sebagai G25 berkata beliau tidak menyedari sedang disiasat di bawah Akta Hasutan.

Noor Farida yang dikritik hebat selepas menggesa agar hukuman khalwat dimansuh berkata polis tidak menghubungi beliau mengenai perkara itu.

"Saya hanya mengetahui mengenainya daripada sebuah portal berita dalam talian," katanya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat Noor Farida berdasarkan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Noor Farida dilaporkan menggesa agar hukuman khalwat terhadap orang Islam dimansuhkan.

"Saya juga mahu membuat laporan polis terhadap sesiapa sahaja yang memutar-belitkan kenyataan saya," katanya.


G25, Noor Farida Ariffin

Artikel Lain