suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Pelanggan BSN Bertuah Ke Paris, Milan dan London

PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi 'Kempen Pembiayaan Peribadi BSN–Paris, Milan, London. Tunggu Saya Datang!' yang dianjurkan baru-baru ini mendapat sambutan amat menggalakkan.

Kempen yang berlangsung dari Mei sehingga Oktober lalu terbuka kepada pelanggan BSN yang membuat pembiayaan peribadi.

Tiga pelanggan bertuah dipilih sebagai pemenang hadiah utama yang akan diterbangkan ke Paris, Milan atau London untuk membeli-belah yang ditanggung sepenuhnya.

Pemenang hadiah utama diumumkan pada 'Majlis BSN Bersama Yuna' yang diadakan di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara baru-baru ini.

Majlis turut menyaksikan seramai 100 pemenang bertuah menerima jemputan VIP untuk menyaksikan persembahan eksklusif penyanyi Yuna.

BSN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain