suria

Pakar Pembuat Bom Abu Sayyaf Ditembak Tentera Filipina

KUALA LUMPUR: Orang kanan pengganas Negara Islam (IS) warga Malaysia, Dr Mahmud Ahmad dipercayai terbunuh di selatan Filipina dalam pertempuran dengan pasukan tentera negara itu.

Sementara itu sumber perisikan berkata,  seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd Najib Husen yang menjadi pakar pembuat bom untuk Kumpulan Abu Sayyaf juga ditembak semasa pertempuran di Basilan pada Selasa.

"Mohd Najib yang juga dikenali sebagai Abu Anas tidak mati serta-merta sebaliknya beberapa jam kemudian," kata sumber itu sambil menambah bahawa kira-kira 13 anggota Abu Sayyaf lain juga terbunuh.

Mohd Najib Husen

Dr Mahmud, seorang bekas pensyarah universiti di sini dan seorang lagi rakyat Malaysia anggota IS, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, tidak bersama kumpulan itu pada masa kejadian.

Muhammad Joraimee adalah bekas pekerja di Majlis Perbandaran Selayang.

Dipercayai bahawa kumpulan Abu Sayyaf terpaksa berundur ke hutan yang terletak di Pulau Basilan selepas serangan berterusan tentera Filipina sejak beberapa hari lalu.

"Ketiga-tiga mereka melarikan diri ke selatan Filipina pada 22 April 2014. Bukti menunjukkan bahawa Mohd Najib secara rasmi menyertai Abu Sayyaf pada masa yang sama," dedah satu lagi sumber perisikan.

Mohd Najib, 37, berkelulusan ijazah Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Malaya (UM) dan telah berkahwin serta mempunyai lima anak, menurut sumber yang sama.

"Sebelum melarikan diri ke Filipina, dia mempunyai sebuah kedai alat tulis di UM. Beliau juga merupakan ahli Arakan Daulah Islamiyah.

"Dia juga membantu Dr Mahmud dalam mengatur pertemuan dengan pemimpin pengganas lain di Shah Alam," kata sumber itu.

Difahamkan, Mohd Najib mengadakan Bai'ah (sumpah setia) untuk menyokong IS bersama ahli-ahli Abu Sayyaf.

"Beliau juga bertanggungjawab terhadap beberapa serangan ke atas pasukan keselamatan di Filipina," kata sumber berkenaan.

Pihak berkuasa percaya beliau turut bertanggungjawab mengatur laluan selamat kepada empat militan Malaysia ke Syria untuk menyertai IS.

Militan, Pengganas, Negara Islam, IS

Artikel Sebelum

"Saya Berdoa Anak Selamat Kembali"

Artikel Lain