suria

Cadangan LRT Pulau Pinang Dihantar Kepada SPAD

GEORGE TOWN: Terdapat rancangan untuk membina laluan keempat yang menyambungkan Pulau Pinang dan tanah besar - transit aliran ringan (LRT).

Laluan yang dicadangkan itu membolehkan tren LRT melalui landasan yang akan dibina berhampiran Jambatan Pulau Pinang.

Ia akan menyambungkan antara Gelugor di bahagian pulau dan Prai di tanah besar sebelum meneruskan perjalanan ke Penang Sentral di Butterworth.

Di Gelugor, laluan tukaran dicadangkan dibina bagi menghubungkan Komtar-Bayan Lepas.

Manakala di tanah besar, kereta api itu bakal melalui kawasan perkilangan di Prai, sepanjang Jalan Baru yang bermula di Taman Supreme dan berakhir di Penang Sentral, di mana terminal feri dan stesen kereta api KTM berada.

"Link ini lebih sempit daripada Jambatan Pulau Pinang.

"Tetapi kita akan ikut ketinggian jambatan," kata pengarah projek SRS Consortium Sdn Bhd, Szeto Wai Loong kepada pemberita pada Rabu.

Pada masa ini terdapat dua jambatan yang menghubungkan pulau dan tanah besar selain cadangan pembinaan terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer bagi menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam.

Szeto berkata pelan pembinaannya akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum dipamerkan kepada umum pada Jun depan.

LRT

Artikel Lain