suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cukai RM2.07 Bilion: TNB Heret LHDN Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR: Syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengheret Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke mahkamah berkaitan pembayaran cukai syarikat tersebut sebanyak RM2.07 juta yang dipertikaikan pada bulan lalu.

TNB memberitahu Bursa Malaysia pada Isnin bahawa ia menerima kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengetepikan notis taksiran tambahan berikutan keputusan LHDN untuk tidak membenarkan tuntutan elaun pelaburan semula.

Menurut TNB, Mahkamah Tinggi turut membenarkan penangguhan sementara terhadap semua prosiding susulan termasuk penguatkuasaan notis sehingga pendengaran kedua-dua pihak berhubung penangguhan tersebut.

Pada 23 November lalu, TNB menerima notis daripada LHDN berhubung taksiran bagi tahun 2013 dan 2014 yang masing-masing dianggarkan bernilai RM985.574 juta dan RM1.083 juta.

Pada Isnin, Ketua Pegawai Kewangan TNB, Fazlur Rahman Zainuddin dalam satu sidang media memberitahu selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu, TNB tidak dapat menentukan lagi bagaimana pembayaran cukai RM2.07 bilion yang dipertikaikan itu akan memberi kesan dalam penyata keuntungan dan kerugian syarikat.

"Ini tertakluk kepada keputusan rayuan dan kita tidak boleh membuat sebarang spekulasi terhadap kedudukan itu.

"Kami sedang meneruskan rayuan dan tidak boleh mendedahkan lebih lanjut," katanya.

Namun, Fazlur berkata perkara itu tidak akan menjejaskan aliran tunai TNB.


TNB, LHDN, pembayaran cukai

Artikel Lain