suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tok Pa Hadiri Mesyuarat WTO Di Nairobi

Mustapa Mohamed.

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Ke-10 di Nairobi, Kenya yang akan bermula Selasa.

Mesyuarat tersebut akan mengkaji semula kerja-kerja WTO dan memberi peluang kepada menteri perdagangan untuk memberi bimbingan politik susulan mengenai rundingan yang dijalankan di bawah naungan pertubuhan itu.

Selain memperingati ulang tahun ke-20 WTO, mesyuarat empat hari itu turut akan mengkaji pelaksanaan isu yang dipersetujui pada persidangan terdahulu.

Ia termasuk keputusan berkaitan dengan kemajuan ekonomi di kalangan ahli negara-negara membangun dan merangka program kerja WTO bagi tahun 2016.

Mesyuarat itu juga secara rasminya akan menerima kemasukan Liberia dan Afghanistan sebagai anggota WTO sekali gus menjadikan keahlian WTO kepada 164 negara.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, kementerian tersebut berkata Malaysia yakin mesyuarat WTO di Nairobi akan berjaya dalam merangka program kerja yang lebih konkrit bagi memulihkan semula Agenda Pembangunan Doha.


WTO, Mustapa Mohamed

Artikel Berikut

Artikel Lain