suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Kejadian Tanah Runtuh Di Terowong Menora - PLUS

Terowong Menora.

IPOH: Tiada kejadian tanah runtuh berlaku di Terowong Menora seperti tersebar di media sosial, kata Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS).

Ia meminta orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin tersebut dan  mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000.

Difahamkan gambar yang tersebar luas itu sejak Ahad merupakan kejadian di Lebuh Raya Karak baru-baru ini.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri juga tidak menerima sebarang laporan atau panggilan kecemasan mengenai kejadian tanah runtuh di situ. - BERNAMA

Terowong Menora, tanah runtuh, PLUS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain