suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersih 4: Dua Ahli Parlimen DAP Sarawak Didakwa

Chong Chieng Jen.

KUCHING: Dua Ahli Parlimen DAP Sarawak pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyertai perhimpunan haram Bersih 4 di sini, Ogos lalu.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, yang juga Ahli Parliamen Bandar Kuching dan Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping didakwa menyertai perarakan haram itu dari hadapan Hotel Hilton Kuching di Jalan Borneo hingga ke padang Song Kheng Hai, di sini.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama beberapa orang yang masih bebas antara jam 2 hingga 3 petang, 29 Ogos lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000, jika disabit kesalahan.

Dalam prosiding berkenaan, Hakim Amelati Parnell menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan 14 Januari depan bagi semula sebutan kes.

Mahkamah turut menetapkan pendengaran kes pada 3 dan 4 Mac depan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad, Muhammad Taufik Md Yusuf dan Poh Yih Tinn manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Chong Siew Chiang. - BERNAMA


Ahli Parlimen, DAP, Sarawak, Bersih 4

Artikel Lain