suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa Banjir Di Alor Gajah Bertambah Kepada 559 Orang

Keadaan banjir di Kampung Pengkalan Alor Gajah menyebabkan operasi kedai runcit terjejas.

MELAKA: Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah bertambah kepada 559 orang daripada 130 keluarga setakat pukul 3 petang berbanding 355 orang daripada 91 keluarga pada pukul 9 pagi, Isnin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Mohammad Fairul Asikin Kadir berkata tiga pusat pemindahan baharu dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam yang menempatkan 306 mangsa daripada 67 keluarga.

Pusat lain ialah Balai Raya Kampung Beringin yang menempatkan 35 mangsa daripada lapan keluarga dan Balai Raya Kampung Bukit Balai yang menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga.

"Enam pusat pemindahan banjir masih dibuka manakala satu pusat pemindahan iaitu SMK Seri Pengkalan telah ditutup," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pusat pemindahan di Dewan Masjid Ar Rashidin menempatkan 107 mangsa daripada 22 keluarga, Balai Raya Kampung Gadek menempatkan 93 mangsa daripada 28 keluarga dan Balai Raya Kampung Panchor menempatkan 10 mangsa daripada tiga keluarga.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain