suria

Pemuda Umno Tegur Pemimpin Ego

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno ditegur kerana lebih mementingkan ego berbanding matlamat untuk memperjuangan nasib rakyat.

Perwakilan Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohamad Rafii berkata, perkembangan terbaharu membabitkan krisis dua pemimpin tertinggi Umno seolah-olah semakin sukar diselesaikan.

"Pada hari pertama bila presiden hulurkan salam persahabatan, kami para perwakilan melihat bahawa ada sinar dihujung terowong. Namun apabila melihat permainan media sosial hari ini dan laporan akhbar…sinar dihujung terowong itu semakin malap, katanya di sini, Sabtu.

Ketika membahaskan usul ekonomi pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2015, Mohd Razlan merayu supaya persengketaan diperingkat atasan diselesaikan segera.

"Ini cabaran masa depan dan survival bangsa. Kita tak harus diperjudikan dengan perbalahan sebegini. Kita kena bersatu, tepuk dada tanya iman sama ada mahu besarkan ego kita atau mahu perjuangkan anak bangsa?

"Janganlah…janganlah...janganlah kerana benci dan dendam, kita sanggup rosakkan parti, agama bangsa dan negara," katanya.

Kenyataan Mohd Razlan dilihat merujuk kepada posting terbaharu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Facebook pada Jumaat yang mengulas mengenai Ucapan Dasar Presiden.

Kata Muhyiddin, beliau kecewa kerana terus disisihkan daripada parti walaupun sudah melaksanakan tanggungjawabnya untuk membantu Najib selaku presiden.

Umno, Pemuda Umno

Artikel Lain