suria

Ahli Perniagaan Malaysia Dibunuh Kerana Hutang RM4.11 Juta - Polis Thai

Lee Ah Han

SONGKHLA: Motif pembunuhan ahli perniagaan Malaysia Lee Ah Han di Hatyai pada Jumaat adalah kerana perselisihan perniagaan melibatkan hutang berjumlah 35 juta baht (RM4.11 juta) kepada seorang ahli perniagaan dari Malaysia, menurut polis selatan Thailand.

Maklumat perisikan polis mendapati bahawa mangsa ada masalah hutang sebanyak 35 juta bath yang dibayar menggunakan cek tendang dan telah berlanjutan selama enam bulan, kata Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Vichapan Chantraporn.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti ahli perniagaan tersebut.

Lee Ah Han, 54 tahun, juga dikenali sebagai Ali Baba merupakan ahli peniagaan hartanah yang mati ditembak semalam di daerah Hatyai ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai bersama isterinya Mayuree Thipmani 42 tahun.

Mayuree cedera parah dalam kejadian tersebut.

Pada Sabtu pihak polis yang melakukan siasatan kes pembunuhan tersebut telah mengadakan mesyuarat di balai polis Thunglung, Hatyai, Songkhla, untuk merungkai fakta kes pembunuhan tersebut.

Selain itu, pegawai polis  mencari bukti dan meneliti kamera litar tertutup di tempat kejadian dan kawasan berdekatan untuk mengenal pasti kereta suspek.

Lee adalah seorang ahli peniagaan yang terkenal di sempada nMalaysia-Thailand khasnya di Danok, Sadao, dan beliau turut menjadi orang tengah dalam urusan jual-beli tanah di Danok yang melibatkan ahli peniagaan Malaysia. -Bernama

ahli perniagaan dibunuh

Artikel Lain