suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu SRC International: SPRM Rakam Keterangan Najib

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu mengambil keterangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.

SPRM dalam satu kenyataan berkata pertemuan itu berlangsung selama dua setengah jam dan perdana menteri memberi kerjasama dengan baik kepada SPRM.

"SPRM akan memaklumkan perkembangan susulan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

Pada 12 Nov lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu, dan Najib bersetuju untuk kenyataan beliau dirakamkan.

Beliau sebelum ini berkata SPRM menunggu tarikh untuk menemu bual Najib berhubung isu yang berkaitan dengan siasatan itu.

Najib pada hari yang sama, berkata beliau bersedia untuk memberi kenyataan kepada SPRM memandangkan kes itu telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.

SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Sementara itu menurut jurucakap SPRM, pertemuan itu diadakan di pejabat Perdana Menteri pada jam 10 pagi.

SPRM, PM

Artikel Lain