suria

Kongres PKR: Lihat Politik Partisan Masa Lalu - Azmin

Mohamed Azmin Ali (tengah) bersama pimpinan tertinggi PKR ketika merasmikan Kongres PKR, Jumaat. -fotoTHESTAR
PETALING JAYA: Ahli PKR perlu melihat kepada politik partisan masa lalu, kata Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali.

Bercakap pada majlis perasmian Kongres PKR di Dewan Sivik MBPJ sini, Azmin berkata, melihat kepada politik partisan masa lalu adalah satu-satunya cara untuk membina Malaysia yang lebih baik.


Tambahnya, anak muda di Malaysia perlu bersedia menonjolkan kepimpinan dan menggarap seluruh kekuatan, memupuk perpaduan di kalangan rakyat merentasi politik partisan untuk membawa negara keluar dari kegelapan kepada pencerahan.

"Tatkala pentadbiran Putrajaya sedang bergelut dengan krisis kepimpinan; kegawatan ekonomi yang memberi kesan langsung kepada rakyat dan kecelaruan dasar yang menghakis keyakinan pelabur dan masyarakat perniagaan; Wanita dan Angkatan Muda Keadilan perlu bersedia untuk menonjolkan kepimpinan dan menggarap seluruh kekuatan, memupuk perpaduan di kalangan rakyat merentasi politik partisan untuk membawa negara keluar dari kegelapan kepada pencerahan.

"Anak muda dalam Keadilan harus mempunyai courage of conviction untuk menjayakan gagasan Asian Renaissance," katanya.

Tambahnya, rakyat Malaysia perlu mendapat ilham dari masa lalu.

"Kita perlu mengambil iktibar dan inspirasi daripada lipatan bersejarah ini.

"Kini, tatkala negara sekali lagi dicengkam krisis, kita perlu berjiwa besar mengenepikan partisan politics untuk menyelamatkan tanah air dan anak watan," katanya.

Beliau menambah, penjawat awam di Selangor telah membuktikan kesetiaan mereka kepada pentadbiran negeri melalui pelaksanaan dasar-dasar yang diputuskan oleh pihak eksekutif negeri dan kesungguhan mereka mengutip hasil yang jauh lebih besar daripada sasaran bagi tahun 2015.

Menteri Besar Selangor berkata, kutipan hasil negeri Selangor telah melonjak kepada RM 2.3 bilion sehingga penghujung November 2015 melepasi unjuran awal sebanyak RM 1.97 bilion.

"Sebagai menghargai sumbangan penjawat awam yang setia kepada prinsip nilai dan perofesionalisma mereka, kerajaan negeri telah memberikan bonus satu bulan setengah gaji berbanding Putrajaya yang hanya memberi elaun khas sebanyak RM 500 sahaja," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penyu Belimbing Spesis Terancam

Artikel Lain