suria

Malaysia Antara 10 Negara Pemurah

- Gambar hiasan
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia tergolong dalam orang yang paling pemurah di dunia.

Usaha mereka untuk kerja-kerja amal telah meletakkan negara di tempat ke-10 dalam  keputusan kaji selidik Yayasan Bantuan Amal Dunia (Charity Aid Foundation’s- CAF) bagi tahun 2015.

Dalam laporan yang dikeluarkan bulan ini, Malaysia memperoleh skor 52.

Indeks CAF yang berpangkalan di Britain itu melihat kepada tiga faktor iaitu memberi - menderma wang, meluangkan masa, dan membantu orang asing.

Malaysia memperolehi 62 peratus untuk bantuan kepada orang asing, 58 peratus untuk menderma wang dan 37 peratus dalam perkhidmatan sukarela.

10 negara teratas sebahagian besarnya kekal, sama seperti yang dilaporkan pada 2014.

Malaysia yang turut tersenarai dalam kedudukan 20 negara terbaik bagi tahun 2014 dilihat konsisten dalam mengekalkan kedudukannya sehingga ke tahun ini. 

Myanmar yang sebelum ini berkongsi tangga pertama dengan Amerika Syarikat pada tahun 2014 dilihat kekal mengungguli tangga pertama indeks bagi tahun ini secara keseluruhan, dengan purata kutipan markah sebanyak 66%. 

Myanmar dilihat mencatatkan kadar tertinggi dari segi pendermaan wang iaitu sebanyak 92%, dan turut mendahului Negara-negara lain dari segi kesukarelawanan iaitu sebanyak 50%.

Amerika Syarikat berada di tempat kedua manakala New Zealand di tempat ketiga.

Negara-negara lain dalam 10 kedudukan teratas adalah Kanada, Australia, United Kingdom, Belanda, Sri Lanka dan Ireland.

Secara keseluruhan, indeks yang dikeluarkan  adalah berdasarkan pembentangan data-data berkait dari seluruh dunia merangkumi jangkamasa 5 tahun, iaitu bermula tahun 2010 hingga 2014, yang turut melibatkan pemantauan ke atas 245 buah negara yang telah dikumpulkan sepanjang tahun 2014. 

CAF merupakan sebuah badan amal antarabangsa yang berdaftar di United Kingdom, mempunyai sembilan cawangan di berpengkalan di enam benua.
CAF, negara pemurah

Artikel Lain