suria

Sungai Di Lima Negeri Cecah Paras Membimbangkan

Sungai Klang mencatatkan paras air 4.81 meter.
PETALING JAYA: Paras air di beberapa batang sungai di seluruh negara mencapai tahap membimbangkan sekali gus mencetuskan kebimbangan banjir.

Amaran telah dikeluarkan di lima buah negeri selepas paras air melebihi tahap normal, menurut laman web Jabatan Saliran dan Pengairan (menyediakan data terkini mengenai paras air sungai).

Sungai-sungai itu adalah di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Sehingga pukul 6.30 petang Khamis, paras air di sepanjang Sungai Padas di Sabah mencecah paras berbahaya.

Di stesen di Beaufort, paras air menunjukkan ketinggian 8.79 meter, jauh melebihi paras normal 4.5 meter bagi kawasan itu, menurut laman web itu.

Pada Rabu, seramai 468 orang di kawasan itu dipindahkan dan diletakkan di pusat pemindahan.

Di Klang, stesen Kampung Jawa di sepanjang kawasan Sungai Klang mencatatkan paras air 4.81 meter.

Paras air biasa ialah tiga meter. Sebarang ketinggian di atas 4.7 meter dianggap 'bahaya' di mana amaran potensi banjir di kawasan itu akan dikeluarkan.

Paras air Sungai Muar di Negeri Sembilan adalah 62.53 meter, melebihi tahap normal 61.8 meter.

Sungai Perak kini berada pada paras 112.09 meter, hanya bawah satu meter di bawah paras bahaya itu.

Sungai Sayong di Johor telah mencecah 15.30 meter, satu meter di atas ketinggian tetapnya iaitu 14.3 meter.

Untuk statistik terkini mengenai paras air sungai, layari infobanjir.water.gov.my.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa sehingga 10 pagi Khamis, 1,327 penduduk di seluruh negara telah dilaporkan berpindah ke pusat pemindahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain