suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TPPA: Malaysia Peroleh Pakej Akses Pasaran Produk Pertanian

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal memperoleh pakej akses pasaran yang baik bagi produk pertanian dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat pada Khamis berkata ia termasuk penghapusan duti ke atas komoditi eksport yang penting seperti minyak kelapa sawit dan produk agro-makanan.

Selain itu, TPPA tidak akan membenarkan mana-mana negara ahli mengenakan subsidi eksport kepada produk pertanian yang dieksport ke negara TPPA lain.

"Disiplin ini bagi mengelakkan negara TPPA menggunakan eksport yang boleh memanipulasi harga produk pertanian di pasaran global," demikian menurut kementerian itu bagi menjawab soalan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin).

Sehubungan itu, pandangan bahawa produk pertanian yang diimport dari Amerika Syarikat akan menjadi sangat murah selepas TPPA ditandatangani ekoran pemberian subsidi tinggi oleh sektor pertanian di negara tersebut adalah kurang tepat. 

Kementerian itu berkata tahun lepas, Malaysia mengimport sebanyak RM52.3 bilion produk pertanian daripada Amerika Syarikat mewakili 7.66 peratus daripada jumlah produk pertanian negara.-- Bernama

Artikel Lain