suria

KPN Arah Tahan Pengguna Twitter Kerana Menghasut

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan menahan pengguna Twitter yang mengaitkan kes bunuh berprofil tinggi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menerusi tweet pada Khamis, Khalid mengarahkan Pusat Maklumbalas Siasatan Siber mengesan dan menahan pengguna media sosial itu kerana kesalahan menghasut.

Faisal Rohban didakwa memuataik mesej menerusi Twitter dengan mengaitkan empat pembunuhan termasuk Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais kepada perdana menteri dan isteri.

"Mereka berdua tidak ada kerja lain yang nak dilakukankah?" soal Faisal.

Beliau turut mengaitkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain