suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum Ada Keputusan Muktamad Mengenai Liputan Media - Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Keputusan muktamad belum dibuat sama ada Perhimpunan Agung Umno 2015 akan berlangsung secara tertutup tanpa liputan media, kata setiausaha agung parti itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 

Beliau berkata sekiranya media mengawal tata laku mereka dan tidakmemutarbelitkan cerita, Umno mungkin membenarkan mereka membuat liputan.

"Sebab, masalahnya ialah kerana anda semua. Apabila kami adakan perhimpunan secara terbuka, anda suka pilih cerita dan putar belit cerita tentang kami. Kalau anda boleh jaga perangai, saya juga boleh buat begitu. Saya boleh membukanya kepada anda semua.

"Tunggulah sekejap. Kami akan beritahu keputusannya kepada anda. Jangan bimbang, belum lagi, keputusan belum dibuat lagi. Saya akan maklumkan kepada anda tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Dalam sidang akhbar terdahulu, Tengku Adnan berkata Umno membuat keputusan bahawa perhimpunan agungnya pada bulan depan akan diadakan secara tertutup tanpa liputan media termasuk media arus perdana, bagi mengelak berlakunya manipulasi berita.

Menurutnya ada kecenderungan dalam kalangan media khususnya media dalam talian dan portal berita untuk menyiarkan berita tidak betul dan memutar belitkan fakta.

Kemudian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang jugaTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berkata keputusan itu belum dibincangkan Majlis Tertinggi parti.

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk