suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersih 4: Isteri, Anak Lelaki Azmin Beri Keterangan Di IPD Dang Wangi

Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR: Isteri dan anak lelaki Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberi keterangan di Ibu PejabatPolis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, pada Rabu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Bersih 4 di ibu negara pada September lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata Shamsidar Taharin dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun, hadir di IPD itu dengan ditemani Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

"Ia bertujuan merekod keterangan mereka sahaja. Mereka hadir kira-kira 3 petang dan pulang kira-kira 5 petang setelah selesai membantu polis dengan keterangan berhubung perkara itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, polis memanggil anak lelaki Mohamed Azmin untuk memberi keterangan tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana menduduki peperiksaan.

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk