suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Umno Perlu Imbangi Hak Bersuara Dan Disiplin Parti - Khairy

KUALA LUMPUR: Setiap anggota Umno perlu mengimbangi antara hak kebebasan bersuara dan disiplin parti sebelum membuat sebarang kenyataan, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. 

Beliau berkata anggota Umno dibenarkan membuat kritikan terhadap parti tetapi jika dilakukan di pentas pembangkang, ia adalah perkara yang tidak boleh diterima.

"Ramai yang kritik dan kita terima kritikan serta pandangan mereka yang berbeza daripada kepimpinan parti. Mereka masih diterima dalam parti namun berbeza dengan kes Hamidah (Ketua Wanita Umno bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman).

"Apabila seseorang individu melanggar batasan dengan menghadiri program pembangkang dan bersekongkol dengan pembangkang... menyatakan pandangan tidak berasas di atas pentas yang tidak 'friendly' kepada Umno, maka kita tidak ada pilihan," katanya selepas Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara sidang dua penggal ke-30 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini,Rabu.

Pada Selasa, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti membuat keputusan memecat Hamidah daripada parti.

Artikel Berikut

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk