suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KUALA LUMPUR: 'Torana Gate' merupakan lambang keutuhan hubungan baik antara Malaysia dan India, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia adalah lambang kerjasama kukuh dan satu dimensi baru kepada hubungan masyarakat antara dua negara dalam ucapannya selepas merasmikan 'Torana Gate' di Little India di Brickfields pada Isnin.

"Saya yakin ia akan menjadi tarikan terbaru di ibu negara dan pelancong.

"Malaysia bukan hanya mesra dalam perniagaan tetapi juga mesra pelancong dan saya pasti pelancong dari India akan rasa seperti berada di tanah air mereka di sini," ujarnya ketika berucap.

Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada Najib kerana berpandangan jauh untuk membawa hubungan India-Malaysia ke satu tahap lain.

Modi yang berucap dalam bahasa Hindi memuji usaha Najib untuk mengukuhkan hubungan antara dua negara itu.

"Pintu gerbang ini akan menjadi penanda aras hubungan kami dengan Malaysia.

"Ia adalah simbol persahabatan antara dua negara dan juga simbol persaudaraan yang universal, kesamaan dan tradisi dua negara," jelasnya.

'Torana Gate' merupakan hadiah daripada kerajaan India kepada Malaysia sebagai tanda persahabatan berterusan antara dua negara.

Pembinaan pintu gerbang itu diumumkan oleh Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh pada 2010 dan dipasang oleh pemaju tempatan MRCB Engineering Sdn Bhd pada 20 Ogos tahun ini.

Pintu gerbang itu direka menyerupai 'Great Stupa' di Sanchi, India.

Torana Gate

Artikel Berikut

Artikel Lain