suria

Dua Beranak Maut, Tiga Cedera Berhampiran Plaza Tol Ipoh

IPOH: Dua beranak terbunuh manakala tiga yang lain cedera selepas kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 280.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, Ahad malam.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Shaharuddin Wan Omar berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 10.15 malam itu, ialah Mohamad Fadhir Ismail, 35, dan anaknya, Mohamad Adam Faris, 5.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta badan, dan jenazah mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Wan Shaharuddin berkata isteri mangsa, Noorharzuin Halim, 32, dan anak perempuan mereka iaitu Noor Adalea Fatiha, 1, serta anak saudaranya, Ummi Kalthum Tajuddin, 21, pula cedera dalam insiden itu.

Beliau berkata mereka dibawa ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, dalam kejadian itu, Mohamad Fadhir yang memandu kereta jenis Mitsubishi bersama keluarganya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan.

Wan Shaharuddin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ipoh, Maut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain