suria

Dewan Rakyat: DAP Usul Kaji Penggantungan Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo telah mengemukakan usul untuk mengkaji semula penggantungan Penasihat DAP Lim Kit Siang daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Usul tersebut tertera dalam kertas aturan urusan mesyuarat dan usul-usul Dewan Rakyat , susunan ke-32, pada Isnin.

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 43 dibaca bersama Paraturan Mesyuarat 99 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Dewan Yang Muia ini mengkaji semula dan mengenepikan keputusan Yang di-Pertua Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, yang membenarkan usul untuk menggantung Lim Kit Siang , Ahli Parlimen Gelang Patah daripada Perkhidmatan sebagai ahli Parlimen selama enam bulan dibahas tanpa rujukan dibuat kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sepertimana menurut Peraturan 80A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat,” menurut usul itu.

Berkuatkuasa 22 Oktober lalu, Kit Siang digantung daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana enggan memohon maaf dan menarik balik kenyataan terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang didakwa menghina.

Penggantungan dibuat selepas sesi pengundian yang menyaksikan 107 ahli Parlimen bersetuju, sementara 77 lagi tidak bersetuju.

Kit Siang mendakwa Pandikar menyalahgunakan kuasanya dan mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

DAP, Dewan Rakyat

Artikel Sebelum

Artikel Lain