suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Perintah Berkurung Di Paris - Wisma Putra

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Perancis belum mengenakan perintah berkurung walaupun siri serangan yang mengorbankan ratusan nyawa menggemparkan Paris pada Jumaat, kata Kedutaan Malaysia di Paris.

Bagaimanapun, kedutaan menerusi laman sesawangnya hari ini mengingatkan  rakyat Malaysia supaya terus berwaspada, mengambil langkah berjaga-jaga, berhati-hati terhadap keadaan persekitaran dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan.

"Kedutaan Malaysia di Paris ingin memaklumkan kepada warga Malaysia bahawa tidak perintah berkurung dikenakan. Penduduk di Paris perlahan-lahan kembali  menjalankan aktiviti harian mereka. Dengan berbuat demikian, menjadi pemandangan lumrah untuk butik dan restoran untuk meneruskan operasi dan dikunjungi oleh pelanggan.

"Bagaimanapun, pertubuhan yang ditadbir oleh Kementerian Kebudayaan akan  diterus ditutup hujung minggu ini dan juga kawasan beli-belah yang menarik sebilangan besar rakyat. Acara olahraga digantung hari ini dan esok," kata kedutaan tersebut.

Pada Sabtu, sejumlah 129 orang dilaporkan terbunuh, lebih 350 orang cedera dalam siri serangan yang dilancarkan oleh tujuh lelaki bersenjata ke atas restoran, dewan konsert dan stadium sukan di Paris.

Berikutan pembunuhan beramai-ramai itu, yang dikatakan - serangan pengganas paling teruk dan dahsyat dalam sejarah negara itu, Presiden Perancis, Francois Hollande mengumumkan keadaan darurat berkuat kuasa serta-merta.

"Berikutan arahan ini, kehadiran pegawai penguat kuasa undang-undang dan angkatan tentera semakin meningkat di Perancis, terutama di Paris. Kawalan sempadan juga diperketatkan.

"Mereka yang ingin mengetahui mengenai ahli keluarga atau rakan-rakan di Paris boleh menghubungi kedutaan menerusi nombor-nombor berikut +336 3260 6184/ +331 4553 1185," kata kedutaan.

Artikel Lain