suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laluan Terhalang Akibat Tanah Runtuh Di Lebuhraya Karak

PETALING JAYA:  Laluan kedua-dua arah di Lebuhraya Karak terhalang dan sesak teruk akibat kejadian tanah runtuh.

"Ia berlaku di KM52.2 di Bukit Tinggi. Ia banjir lumpur. Jadi laluan di kedua-dua arah terhalang akibat tanah runtuh," kata juruhebah trafik Kumpulan Radio Star, Priscilla Patrick.

Buat masa ini, trafik menghala ke Kuala Lumpur terhalang sepanjang 3km dengan kesesakan sepanjang 1km menuju ke Bentong.

"Saya baru sahaja bercakap dengan pegawai. Terdapat beberapa kereta yang terperangkap dalam insiden itu, jadi keadaan nampak teruk.  Ia tidak akan dibersihkan sehingga tengah malam, saya fikir ia akan berterusan sehingga pagi," katanya.

Sebagai laluan alternatif, pengguna jalan raya boleh keluar di Bukit Tinggi atau Bentong atau menggunakan jalan utama untuk mengelak kesesakan.

Ketika dihubungi, seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang mengesahkan terdapat empat kenderaan terperangkap dalam insiden itu tetapi kesemua penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri.

Kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.



tanah runtuh, Lebuhraya Karak

Artikel Lain