suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Azmin Dipanggil Sejak September, Bukan Julai - Polis

KUALA LUMPUR: Polis pada Selasa menjelaskan bahawa anak lelaki Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dipanggil memberi keterangan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih sejak September lepas, bukannya Julai seperti yang dilaporkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata kenyataannya yang dilaporkan media pada Isnin tidak seperti yang dimaksudkannya.

"Segala kekhilafan amatlah dikesali," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tajudin dilaporkan Bernama pada Isnin sebagai berkata bahawa anak lelaki Mohamed Azmin telah dipanggil memberi keterangan kepada polis sejak Julai lepas, namun gagal berbuat demikian.

Anak Azmin, Datuk Tajudin Md Isa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain