suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tony Pua Sanggup Batal Debat, Siasatan PAC Lebih Penting

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sanggup melepaskan peluang untuk berdebat dengan  Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Menurut Pua, siasatan yang dijalankan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas syarikat itu lebih penting berbanding debat tersebut.

Menerusi sidang media di Parlimen pada Selasa, Pua berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia esok berhubung syarat yang perlu dipatuhi jika perdebatan itu diteruskan.

"Saya tidak boleh biarkan debat ini menjejaskan siasatan PAC ke berhubung perkara itu.

"Sebagai anggota PAC dan Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, saya tidak boleh membiarkan Arul dihalang daripada dipanggil sebagai saksi," katanya pada Selasa.

Pandikar Amin berkata debat itu hanya boleh diteruskan jika kedua-dua individu terbabit tiada kaitan dengan siasatan PAC yang sedang dijalankan ke atas 1MDB.

1MDB, Tony Pua

Artikel Lain