suria

Debat Tony Pua Dengan Arul Kanda: Speaker Dewan Rakyat Ancam Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) mengancam untuk meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat jika Tony Pua dan Arul Kanda Kandasamy meneruskan hasrat  untuk berdebat mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pandikar berkata, debat yang dicadangkan oleh kedua-dua individu itu hanya boleh diteruskan jika mereka mengecualikan diri daripada siasatan yang sedang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB.

Menjawab soalan daripada Anthony Loke (DAP-Seremban) sama ada beliau akan mengadakan perbincangan dengan Kerajaan sebelum membuat keputusan itu, Pandikar menjelaskan, tugasnya sebagai Speaker adalah bagi menentukan sama ada peraturan Dewan Rakyat dipatuhi.

"Jika Kerajaan mempunyai agenda lain, maka ia agenda mereka sendiri. Jika mereka ingin meneruskan debat itu, saya tidak akan melibatkan diri dalam perkara itu dan akan meletak jawatan sebagai Speaker," tegasnya.

Khamis lepas, Arul dalam kenyataannnya berkata beliau sedia berdebat dengan Pua secara langsung di televisyen dengan syarat anggota Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP itu meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Bagaimanapun pada Sabtu, Arul menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Pua tanpa sebarang syarat, dengan menarik balik syarat terdahulu untuk Pua meletakkan jawatannya sebagai ahli PAC.

Pada masa sama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menyiarkan siaran langsung debat mengenai 1MDB antara Arul dan Pua.

Dewan Rakyat, Parlimen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain