suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Kenakan Syarat Perdebatan Arul-Pua Mengenai 1MDB: Shafie

Mohd Shafie Apdal.

KUALA LUMPUR: Tiada syarat patut dikenakan terhadap perdebatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa, Shafie berkata debat yang dicadangkan antara Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy sepatutnya dibenarkan untuk diteruskan tanpa syarat.

"Walaupun dia (Pua) mempunyai maklumat eksklusif hanya kerana dia adalah ahli PAC, kita tidak harus meletakkan syarat di atas kehadirannya dalam perdebatan itu

"Apa yang penting adalah rakyat akan mengetahui kebenarannya, jadi saya fikir ia satu tindakan tidak bijak jika kita mengenakan sebarang syarat," kata bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah itu.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata adalah penting bagi rakyat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di 1MDB.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata debat yang dicadangkan antara Pua dan Arul hanya boleh diteruskan jika mereka mengecualikan diri daripada siasatan yang sedang dilakukan oleh PAC terhadap 1MDB.

Pandikar berkata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara perlu sama ada meletak jawatan daripada PAC atau mengecualikan dirinya daripada terlibat dalam siasatan terhadap 1MDB.

Speaker Dewan Rakyat itu turut memutuskan bahawa Arul tidak lagi boleh menjadi saksi dalam siasatan PAC sekiranya beliau berhasrat meneruskan perdebatan tersebut.




Artikel Berikut

Artikel Lain