Wanita Buang Bayi Dalam Mesin Basuh Dibebaskan Sementara

ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 38 tahun yang ditahan kerana didakwa membuang bayinya yang baru lahir ke dalam sebuah mesin basuh di sini diberi jaminan sementara polis sementara menunggu laporan DNA.

Wanita tersebut ditahan pada 29 Oktober lalu dan direman selama empat hari sehingga Isnin.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri pada 1 November.

"Tiada pendakwaan sehingga laporan DNA diperolehi. Sampel darah bayi, suspek dan suaminya telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia," kata Muhamad Halim.

Menurut laporan bapa mertua kepada wanita tersebut, Zainol Hamid, sedang menonton televisyen di dalam rumah berkenaan semasa terdengar bunyi tangisan bayi pada malam Selasa lalu.

Beliau mendapati tangisan bayi itu dari mesin basuh.

Bayi tersebut ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan masih bertali pusat.


bayi, laporan DNA

Artikel Sebelum

Gadis Terlalu Cantik Punca Dicabul

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain