suria

Azmin Enggan Layan DAP

Mohamed Azmin Ali.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali enggan melayan gesaan ahli DAP supaya wakil rakyat PAS dipecat daripada pentadbirannya.

Menurut Azmin, adalah tidak adil untuk menggunakan pandangan seorang pemimpin bawahan sebagai senjata bagi menyerang pentadbiran Selangor yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.

"Itu pandangan DAP Selangor atau seorang delegasi? Saya mengambil pendirian yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk meneruskan khidmat kepada rakyat seperti yang dijanjikan sebelum pilihan raya umum.

"Itu keputusan DAP. Anda tak boleh ambil satu pandangan daripada seorang deligasi dan go against me…saya tak fikir ia adil,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin malam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong yang menggesa supaya pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk memecat wakil rakyat PAS daripada pentadbirannya.

Chiong memberi kata dua bahawa DAP akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu jika permintaan mereka tidak dilayan.

Sementara itu mengulas mengenai pendirian terbaharu PAS yang ingin berkecuali dalam usul menolak Bajet 2016, Azmin bagaimanapun memberitahu bahawa beliau masih belum dimaklumkan mengenainya.

"Saya tak tahu, itu keputusan baharu,” katanya.

Mohamed Azmin Ali, DAP, PAS

Artikel Lain