suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tony Pua Perjelas Lantikan Tiga Ahli Melayu Dalam Jawatankuasa DAP Selangor

Tony Pua.

PETALING JAYA: Jawatankuasa DAP Selangor akhirnya menyaksikan penyertaan beberapa ahli di kalangan orang Melayu, seiring dengan matlamat untuk menjadikannya sebagai parti berbilang kaum.

Peguam, Dr Abdul Aziz Bari, penyelaras Roketkini, Edry Eddy Yusof dan Young Syefura Othman dilantik dalam jawatankuasa parti negeri.

Jawatankuasa berkenaan terus diterajui oleh pengerusi, Tony Pua dan timbalan pengerusi, Gobind Singh Deo, masing-masing menerima 495 dan 736 undi dalam pemilihan parti negeri pada Ahad.

Ditanya mengenai tiada calon kaum Melayu yang dipilih, Pua berkata, kebanyakan calon Melayu masih baharu kepada parti.

"Saya hanya boleh membuat spekulasi. Kebanyakan anggota di sekitar negeri tidak cukup mengenali mereka (ahli Melayu)," katanya.

Beliau menegaskan bahawa keputusan itu tidak bermaksud ahli parti mengundi berdasarkan kaum tetapi mengikut calon mana yang lebih dikenali mereka.

Pua bagaimanapun berjanji untuk berusaha membantu ahli DAP di kalangan orang Melayu supaya lebih dikenali dalam beberapa tahun akan datang.

"Kita mempunyai lebih ramai ahli Melayu dalam jawatankuasa negeri hari ini dan kita akan meneruskan usaha untuk membawa lebih ramai ahli Melayu dalam masyarakat," katanya.

Tony Pua, DAP

Artikel Lain