suria

Gobind Ungguli Pemilihan DAP Selangor

Gobind Singh Deo.

PETALING JAYA: Keputusan pemilihan jawatankuasa DAP negeri Selangor menyaksikan Gobind Singh Deo menerima jumlah undian tertinggi dengan 736 undi.

Konvensyen DAP Selangor diadakan pada Ahad untuk memilih jawatankuasa negeri baharu.

Ronnie Liu membuat kemunculan semula selepas memperoleh 649 undi.

Tony Pua dan Hannah Yeo sekali lagi diundi bagi jawatankuasa itu, masing-masing menerima 495 dan 554 undi.

Ong Kian Ming dan Teng Chang Khim menerima jumlah undi paling rendah, masing-masing hanya 414 undi.

Peguam, Dr Abdul Aziz Bari merupakan antara tiga ahli daripada kaum Melayu yang dilantik dalam jawatankuasa itu.

Dua lagi ialah Young Syefura Othman dan Edry Faizal Eddy Yusof.

Mereka dilantik selepas tiada seorang pun daripada ahli Melayu yang dipilih untuk bertanding dalam pemilihan tersebut.

Gobind Singh Deo, DAP

Artikel Lain