suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arul Pembahas Yang Baik - Rafizi

Rafizi Ramli
PETALING JAYA: Arul Kanda Kandasamy telah digambarkan sebagai seorang 'lagenda di kalangan pembahas Malaysia' oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Menurut beliau, Arul yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah mengetuai pasukan debat yang berkali-kali memenangi Piala Perdana Menteri (PPM) pada 1990-an.

Ahli Parlimen Pandan menyatakan perkara ini dalam posting blog beliau bertarikh 1 September 2010, di mana beliau telah memberi penghormatan kepada Allahyarham rakannya Adlan Benar Omar, atau Ben.

"Dalam era 90-an, PPM dimenangi berulang kali oleh Maktab Tentera Diraja (RMC) yang diterajui oleh seseorang yang bernama Arulkanda Kandasamy," katanya.

"Selepas itu, kami bertemu ketika kami bertiga di UKEC (United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students) di UK  - dan Arulkanda (lagenda di kalangan pembahas Malaysia) seringkali mengagumi kehandalan Ben berbahas," tulis Rafizi.


Dalam mesej teks pada Sabtu, Arul mengakui bahawa beliau sememangnya menjadi pembahas terbaik keseluruhan dan pembahas paling muda dalam pertandingan PPM ketika di tingkatan satu.

"Saya adalah pemenang termuda dalam 'International Plain Speaking Award' ketika tingkatan 2, mewakili Malaysia di Australia, dan selebihnya dalam adalah dalam sejarah PPM sehingga tingkatan lima," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain