suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beg Disangka Ada Bom Hanya Berisi Pakaian Lelaki Di KLCC

Pihak polis memeriksa beg pakaian yang dilaporkan mempunyai bom.

KUALA LUMPUR: Pengunjung ke Menara 2 di Suria KLCC pada Sabtu digemparkan dengan penemuan empat beg yang dikhuatiri mengandungi bom.

Beg berkenaan ditemui di bahagian tepi bangunan di antara pintu masuk utama Suria KLCC dan Menara 2 oleh polis bantuan KLCC pada kira-kira 10.30 pagi.

Sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari IPD Dang Wangi lengkap berpakaian kalis letupan bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja menerima panggilan.  

Berikutan itu, anggota UPB melakukan prosedur meletupkan beg berkenaan pada kira-kira 1.45 petang di luar menara itu. 

Namun tiada letupan berlaku. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama kemudian mengesahkan beg itu hanya mengandungi pakaian lelaki.  

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis bantuan pada pukul 12.35 tengah hari. 

"Sepasukan bomba dan penyelamat dari balai Keramat dan Unit Hazmat dikejarkanke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan," katanya. 

Beliau berkata selepas prosedur letupan, beg itu diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Beg pakaian lelaki, Bom, KLCC

Artikel Lain