suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hello Kitty In Oz, Tarikan Baharu Taman Tema Puteri Harbour

NUSAJAYA: 'Hello Kitty in Oz' merupakan tarikan terbaharu yang dibuka di Sanrio Hello Kitty Town di Puteri Harbour di sini.

Pengurus Besar taman tema itu, Fahruddin Najumudeen berkata tarikan tersebut akan menjadi ciri kekal taman yang berusaha mencapai sasaran 500 ribu pengunjung menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata taman akan terus memperkenalkan aktiviti baharu bagi memberikan keseronokan dan pengalaman baharu kepada pelawat.

"Hello Kitty in Oz diinspirasikan oleh kisah dongeng 'The Wonderful Wizard of Oz' (novel kanak-kanak) yang ditulis oleh L. Frank Baum," katanya pada pelancaran daya tarikan baharu itu, di sini malam Jumaat.

Beliau berkata dengan tarikan terbaharu itu, taman tema berkenaan kini menawarkan empat permainan interaktif menampilkan Hello Kitty dan wira-wiranya dari Oz bagi menyelamatkan dunia ajaib dalam 'The Lost Chapter'.

Empat permainan itu ialah 'Kuromi's Tent', 'Wood Factory', 'Corn House' dan 'Emerald City'.

"Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa," katanya.

Pihak pengurusan juga membuka outlet runcit menawarkan barangan edisi terhad 'Oz World Alley' di taman tema itu.

Hello Kitty In Oz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain