suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori satu serta amaran ribut petir menyeluruh di perairan Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sarawak (Kuching) sehingga lewat petang ini.

Sementara amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam serta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore sehingga Selasa ini.

Keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan jabatan itu.

Keadaan sama dijangka berlaku di perairan Selat Melaka, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, Kuching dan Reef South sehingga lewat petang ini. 

Pantai Timur, Angin Kencang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain