suria

FSK 2015 Rai Karya Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR: Pelbagai aktiviti menarik diatur sepanjang Festival Sastera Kanak-Kanak 2015 (FSK 2015) yang sedang berlangsung di Dataran Underground, Dataran Merdeka di sini sehingga Ahad ini.

Bertemakan "Satu Dunia, Pelbagai Cerita", festival anjuran Perbadanan Kota Buku (PBK) ini adalah platform untuk meraikan penulis, penerbit dan pembaca yang meliputi pelbagai latar belakang dan umur.

Menurut PBK, FSK 2015 bertujuan untuk mengetengahkan karya sastera kanak-kanak tempatan supaya dapat diteladani semua peringkat umur.

"Antara aktiviti serta pameran yang ditampilkan adalah mencanting batik, kuda kepang dan mewarna.

"Selain itu, Kumpulan Karangkraf turut bekerjasama dalam menjayakan festival ini dengan mendirikan 'Maze 100 Books' yang diadaptasi dari 100 buku kanak-kanak terbitan mereka," katanya menerusk kenyataan, Jumaat.

Turut memeriahkan program adalah Perpustakaan Negara yang tidak ketinggalan menyediakan sudut pusat maklumat yang terbahagi kepada interaktif dan digital, manakala Persatuan Penerbit Buku Malaysia menawarkan buku pada harga rendah di lebih 60 gerai jualan.

Kata PBK lagi, pengunjung turut berpeluang mendekati Pak Mat Lob yang juga merupakan tokoh karya sastera kanak-kanak.






Artikel Sebelum

Artikel Lain