suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu Notis Muflis Sudah Selesai - Siambun

Terence Siambun.

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog, Terence Siambun berkata isu notis munflis terhadap beliau telah diselesaikan.

"Isu itu adalah kesilapan yang tidak disengajakan dan saya hanya dinamakan sebagai penjamin perniagaan. Pada petang Rabu, isu itu telah diselesaikan," katanya dalam satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Star selepas notis muflis terhadap beliau disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

Adun PKR berusia 41 tahun itu berkata beliau telah bertemu dengan pegawai bank dan mereka akan menghubungi peguam.

Dalam notis itu, Siambun hanya akan diisytiharkan muflis sekiranya beliau gagal menyelesaikan pinjaman bank berjumlah RM53,400.09 daripada AmBank.

Notis itu disiarkan dalam sebuah akhbar Sabah pada Rabu.

Beliau diarahkan untuk membayar jumlah tunggakan itu dalam tempoh tujuh hari notis itu dikeluarkan.

Jumlah tunggakan itu adalah berdasarkan penghakiman muktamad Mahkamah Majistret pada 13 November 2014.

Siambun menewaskan calon Barisan Nasional (Upko) Philip Lasimbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).





Artikel Lain