suria

Bersih 4: Bekas Pesuruhjaya Suhakam Didakwa

KOTA KINABALU: Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Jannie Lasimbang didakwa dengan dua pertuduhan kerana menganjurkan perhimpunan Bersih 4 tanpa permit pada 29 Ogos dan 30 lalu.

Lasimbang, 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Cindy McJuce Balitus bagi kedua-dua tuduhan yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 pada Rabu.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan dua penjamin tempatan bagi kedua-dua pertuduhan.

Majistret menetapkan perbicaraan akan diadakan pada 23 dan 24 November depan.

Dalam pertuduhan pertama, Lasimbang dituduh menganjurkan perhimpunan pusat rekreasi awam di Teluk Likas antara pukul 2 petang hingga 9.30 malam pada 29 Ogos tanpa memberi notis 10 hari kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Bagi pertuduhan kedua, Lasimbang dituduh tidak menyerahkan notis yang menyatakan masa dan tarikh acara bagi perhimpunan pada 30 Ogos di tempat yang sama.

Dia boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM10,000 bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain