suria

Nelayan Nyaris Maut Bot Pukat Jerut Hampir Karam

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Sekumpulan 30 nelayan nyaris maut apabila bot pukat jerut dinaiki mereka hampir karam selepas mengalami kebocoran 44 batu nautika ke barat Pulau Sayak, Yan awal pagi Selasa.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah Lt Kdr Ahmad Kamal Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada 9.45 pagi ketika mereka sedang menangkap ikan.

"Semua nelayan berjaya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan lain yang bertindak pantas menunda bot terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, pihak APMM dimaklumkan tentang kejadian itu selepas menerima panggilan daripada pengusaha terbabit dan mengerahkan sebuah kapal serta dua bot ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun disebabkan keadaan cuaca buruk termasuk jerebu, usaha mencari bot nelayan terbabit berhadapan kesukaran.

Ahmad Kamal berkata, pihaknya menerima maklumat bot nelayan terbabit berada kira-kira 30 batu nautika dari Kuala Kedah pada kira-kira 9.00 malam dan dijangka tiba di jeti APMM awal pagi Rabu. - BERNAMA

APMM, nelayan, bot karam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain