suria

Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Meningkat Kepada 29

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan negeri terus merosot setakat pukul 10 malam dengan jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 29 berbanding 23 kira-kira 2 petang Selasa.

Enam kawasan lagi yang menyaksikan kemerosotan kualiti udara kepada paras tidak sihat ialah Kangar (105), Perai (104), Bandaraya Melaka (108), Sri Aman (119), Samarahan (115) dan Nilai (127).

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 23 kawasan lagi yang mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Alor Star (115); Bakar Arang, Sungai Petani (128); Bukit Rambai (116), Port Dickson (114); Seremban (126); Jerantut (107); Jalan Tasek, Ipoh (123); Kampung Air Putih, Taiping (108); SK Jalan Pegoh, Ipoh (130).

Turut mengalami situasi serupa ialah Seri Manjung (130); Tanjung Malim (118); Seberang Jaya 2, Perai (125); USM Pulau Pinang (118); Kuching (105), Banting (156); Kuala Selangor (143); Pelabuhan Kelang (183); Petaling Jaya (159); Shah Alam (184); Kuala Terengganu (105); Batu Muda (136) dan Cheras (129) di Kuala Lumpur; serta Putrajaya (145).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. 

IPU, jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Lain