suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Terus Beri Penjelasan Isu Sensitif - Ahmad Maslan

Ahmad Maslan

PADANG BESAR: Umno akan terus memberi penjelasan mengenai isu-isu sensitif secara tertutup bagi mengelak ia diputar belit oleh media sosial yang tidak beretika.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, penjelasan menerusi pertemuan bersemuka harus dibuat bagi memastikan mesej yang disampaikan benar-benar difahami.

"Kadang-kadang soalan yang ditimbulkan sensitif. Ini yang perlu dijelaskan supaya mereka benar-benar faham situasi sebenar dan tidak dikelirukan apabila diputar belit pihak tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menghadiri Dialog Isu Nasional (DIN) yang diadakan secara tertutup di Institut Kemahiran Mara di Beseri, di sini, malam tadi. 

Ahmad berkata penjelasan yang akan diberikan termasuk isu 1MDB, dana politik, rombakan kabinet, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan tol.-- Bernama



Umno, Ahmad Maslan

Artikel Sebelum

Artikel Lain