suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 8 Pagi

KUALA LUMPUR: Tiga lagi kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat menjadikan keseluruhan tujuh kawasan setakat 8 pagi Ahad.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan itu ialah Pelabuhan Klang, Selangor dengan bacaan 107, selain Banting juga di Selangor dan Tawau, Sabah masing-masing mencatat bacaan 106 berbanding IPU sederhana Sabtu malam di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Empat lagi kawasan kekal mencatatkan kualiti udara merosot sejak semalam ialah Samarahan (111) dan Kuching (102) di Sarawak serta dua kawasan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka (109) dan Bukit Rambai (102).

Sementara itu, sebanyak 32 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Nilai, Negeri Sembilan (96); Sri Aman di Sarawak dan Port Dickson serta Seremban, Negeri Sembilan masing-masing 95; Shah Alam, Selangor (93); Petaling Jaya, Selangor (90); Tanjung Malim, Perak (85) dan SK Jalan Pegoh, Ipoh, Perak (84).

Kualiti udara di ibu negara mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 95 di Batu Muda, Cheras (86) dan di pusat pentadbiran Putrajaya (96). 

Sebanyak 13 kawasan pula mencatatkan bacaan baik antaranya Kapit, Sarawak (49); Kuala Terengganu, Terengganu (48); Langkawi, Kedah (44); SMK Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan (43); Kangar, Perlis (37); Sandakan, Sabah (34) dan Miri, Sarawak (33). 

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). 

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. -- Bernama


IPU, jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Lain