suria

Transformasi Untuk BN Kekal Relevan - Mah

Datuk Mah Siew Keong
SHAH ALAM: Gerakan telah mencadangkan 'langkah-langkah transformasi' yang boleh diambil Barisan Nasional jika gabungan itu masih mahu terus memimpin Malaysia pada masa hadapan.

Presidennya, Datuk Mah Siew Keong berkata, bagi memastikan gabungan itu kekal relevan, ia perlu menubuhkan pemikir bersama BN di peringkat Pusat bagi membolehkan intelektual semua pihak komponen parti berbincang dan menganalisis pelbagai isu kontroversi secara rasional dan berterus terang.

"Kita juga boleh tubuhkan biro Barisan Nasional dalam perkara-perkara tertentu yang menjadi perhatian di peringkat negeri dan bahagian untuk menggalakkan penyertaan dan kehadiran pelbagai kumpulan dalam BN dan untuk melibatkan diri dengan masyarakat dan orang awam.

"Kita perlu memperkenalkan konvensyen agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa lebih kerap dijalankan di peringkat bahagian supaya perjumpaan dengan pemimpin bahagian tidak hanya dibuat sebelum pilihan raya umum.

"Gabungan perlu mengambil kira untuk membentuk satu mekanisme bagi memilih pengerusi bahagian BN dan ahli jawatankuasa yang mengambil kira prinsip pembahagian kerusi di kalangan parti-parti komponen dan memastikan kehadiran semua.

"Barisan Nasional juga perlu merekrut ahli-ahli lebih muda dan meletakkan mereka sebagai calon kerana Malaysia adalah sebuah negara kecil dengan majoriti penduduk di bawah umur 40 tahun," katanya pada Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia, di sini, Ahad.

Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, BN

Artikel Lain